Pulau Sibuan ditutup, jumpa bom tinggalan Perang Dunia Kedua
SEMPORNA - Pulau Sibuan yang terletak dalam kawasan Taman Marin Tun Sakaran di sini ditutup sementara susulan penemuan bom dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua.
Notis penutupan itu dikeluarkan Pengurusan Taman-Taman Sabah di laman rasmi Facebook mereka bahawa penutupan sementara pulau tersebut bermula jam 12.30 tengah hari Selasa.
"Penutupan Sementara bagi substesen Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran berhubung penemuan berkemungkinan bom perang dunia kedua.
"Segala kesulitan berhubung perkara ini adalah sangat dikesali," kata notis tersebut pada Selasa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Sabri Zainol ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penemuan objek tersebut.
"Kita akan ke tempat penemuan untuk mengenal pasti dan untuk tindakan lanjut.
"Orang awam diminta supaya jangan masuk ke kawasan tersebut sehingga selesai tindakan keselamatan diambil," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!