7 bayi baru lahir meninggal dunia akibat hipotermia di Gaza pada Disember 2024

Imam Abu Suaied memegang jenazah Jomaa al-Batran yang meninggal dunia akibat hipotermia sebelum pengebumiannya di Gaza. Foto AP
Imam Abu Suaied memegang jenazah Jomaa al-Batran yang meninggal dunia akibat hipotermia sebelum pengebumiannya di Gaza. Foto AP
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya tujuh bayi baru lahir meninggal dunia akibat hipotermia di Gaza pada Disember dengan lebih ramai lagi berisiko, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Setiap kanak-kanak berhak memulakan kehidupan dengan sihat dan selamat. Tetapi kanak-kanak di Gaza membayar harga peperangan dengan nyawa mereka sendiri. Gencatan senjata!" kata Ghebreyesus di platform X pada Isnin.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, jumlah kematian akibat serangan Israel di Gaza telah melebihi 45,800 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!