12 keluarga nelayan rumah terbakar terima bantuan RM132,000

Muhammad Faiz menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Tanjung Dawai Kedah.
Muhammad Faiz menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Tanjung Dawai Kedah.
A
A
A

TANJUNG DAWAI - Sebanyak 12 keluarga nelayan yang ditimpa musibah kebakaran pada Ahad lalu, menerima bantuan segera berjumlah RM132,000.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, bantuan kewangan itu bertujuan meringankan beban mendapatkan rumah sewa sementara setelah hilang tempat tinggal akibat bencana itu.

Muhammad Faiz
Muhammad Faiz

"Bantuan segera ini kita cadang mereka sewa rumah sementara dapat penempatan baharu.

"Sebanyak 14 rumah terbakar, 12 daripada mereka adalah nelayan. Jadi setiap keluarga nelayan menerima RM11,000 bantuan kewangan bagi meringankan beban mendapatkan rumah sewa," katanya.

Muhammad Faiz (kiri) beramah mesra dengan mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara Tanjung Dawai Kedah.
Muhammad Faiz (kiri) beramah mesra dengan mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara Tanjung Dawai Kedah.

Beliau ditemui pemberita ketika menyampaikan bantuan kepada mangsa yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Choong Cheng di sini pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Faiz berkata, LKIM telah mengadakan perbincangan awal dengan kerajaan negeri mengenai penempatan semula mangsa kebakaran.

Artikel Berkaitan:

"Status tanah dimaklumkan bawah agensi kerajaan negeri, jadi soal status tanah perlu diuruskan terlebih dahulu sebab kita tak boleh sewenang-wenangnya bina rumah baharu (di tapak sama) sebelum isu status tanah selesai.

"Ikut rekod tanah ini (lokasi kebakaran) bukan di bawah LKIM,"jelasnya.

Muhammad Faiz beramah mesra dengan mangsa kebakaran yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Tanjung Dawai Kedah.
Muhammad Faiz beramah mesra dengan mangsa kebakaran yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Tanjung Dawai Kedah.

Muhammad Faiz memaklumkan, semakan sedang dilakukan berhubung status kekosongan rumah nelayan berdekatan bagi menempatkan mangsa terjejas.

Sementara itu, salah seorang mangsa kebakaran, Yusof Ismail, 61, bersyukur dengan bantuan diberikan namun berhadapan sedikit kesulitan mencari rumah sewa berdekatan Tanjung Dawai.

Yusof yang mengalami lecur di leher dan tangan berkata, buat masa ini dia dan keluarga memilih untuk menetap dahulu di PPS sementara mencari rumah sewa berdekatan.

"Kawasan ini (Tanjung Dawai) susah sikit nak cari rumah sewa...kalau nak cari kawasan lain susah pula kami ulang alik ke laut setiap hari.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Jahara Mohamad, 57, berterima kasih atas sumbangan diberikan dan berharap turut membantu dalam urusan mencari rumah sewa yang hampir dengan lokasi rumah yang terbakar.

Jahara
Jahara

"Sementara menunggu isu penempatan semula selesai, saya terima apa juga keputusan mereka asalkan mudah untuk suami ke laut.

"Saya dan suami, Mat Jusoh Zakaria yang berusia 67 tahun sudah uzur..nak besarkan dua anak di mana seorang berada di sekolah berasrama penuh dan seorang lagi di universiti," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!