Bumbung bocor cemari Terbuka Malaysia

Permukaan gelanggang ditutup dengan kain akibat kebocoran bumbung Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa.
Permukaan gelanggang ditutup dengan kain akibat kebocoran bumbung Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa.
A
A
A

BEBERAPAperlawanan pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 terpaksa ditangguhkan akibat bumbung Axiata Arena, Bukit Jalil bocor sehingga air membasahi gelanggang.

Insiden kira-kira jam 4 petang itu susulan hujan lebat sekali gus mencalar maruah kejohanan berstatus Super 1000 tersebut.

Air dapat dilihat membasahi gelanggang tiga melibatkan perlawanan perseorangan lelaki antara Brian Yang dari Kanada menentang wakil India, H S Prannoy.

Turut terlibat adalah aksi beregu campuran antara Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian menentang wakil negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing di gelanggang dua.

Pihak penganjur terpaksa menutup permukaan gelanggang yang basah itu dengan kain putih dan hitam, manakala bahagian bumbung dibaik pulih bagi mengelak perkara sama berulang.

Susulan kejadian di luar jangkaan itu, umpire perlawanan terpaksa menangguhkan permainan bagi mengelak kecederaan kepada pemain.

Malah sehingga jam 5.10 petang perlawanan masih belum dimulakan.

Difahamkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan mengadakan sidang media pada jam 5.30 petang ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!