Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri

Aminuddin (tengah) melancarkan buku Al-Qawam Hadis 40 lmam Nawawi untuk penjawat awam Negeri Sembilan sebagai sumber inspirasi dan rujukan dalam melahirkan generasi penjawat awam cemerlang. 
Aminuddin (tengah) melancarkan buku Al-Qawam Hadis 40 lmam Nawawi untuk penjawat awam Negeri Sembilan sebagai sumber inspirasi dan rujukan dalam melahirkan generasi penjawat awam cemerlang. 
A
A
A
SEREMBAN - Kerajaan negeri Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM200 kepada hampir 50,000 pejawat awam di negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan berkenaan turut diberikan kepada pejawat awam Persekutuan termasuk guru, pasukan berunifom dan lain-lain perkhidmatan yang berkhidmat di negeri ini.

"Ia melibatkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM10 juta yang dijangka disalurkan sebelum bulan Mac ini.

"Inisiatif ini diharap dapat menjadi motivasi dan dorongan kepada semua untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Wajib guna- Kumpulan penjawat awam mengenakan Kebaya Setengah Tiang dalam membantu mempromosikan Negeri Sembilan sempena promosi Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.
Wajib guna- Kumpulan penjawat awam mengenakan Kebaya Setengah Tiang dalam membantu mempromosikan Negeri Sembilan sempena promosi Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.



Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2025, di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini pada Selasa.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zafir Ibrahim dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Ujar Aminuddin, insentif itu datang dengan tanggungjawab yang lebih besar agar semua penjawat awam terus berusaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.

Sasaran 20 juta pelancong

Artikel Berkaitan:


Suasana ketika Majlis Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2025, di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini pada Selasa. 
Suasana ketika Majlis Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2025, di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini pada Selasa. 



Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri melantik semua penjawat di negeri ini untuk menjadi duta dan membantu mempromosikan Negeri Sembilan dalam sektor pelancongan selaras dengan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 bersekali dengan Tahun Melawat Malaysia.

"Sektor pelancongan merupakan sumber ekonomi mampan dan lestari bagi Negeri Sembilan dan telah menunjukkan kehadiran pelancong yang membanggakan dengan peningkatan sebanyak 15 juta orang pada tahun 2023 ketimbang 11.5 juta orang pada tahun sebelumnya.

"Melihat kepada peningkatan tersebut, Negeri Sembilan telah meletakkan sasaran 17 juta pengunjung pada tahun 2024 dan 20 juta pada tahun ini.

"Kerajaan negeri telah menetapkan segmen pelancongan melalui pecahan 60 peratus pelancongan pantai, 30 peratus eko-pelancongan dan 10 peratus pelancongan adat, warisan serta budaya sesuai dengan kawasan tarikan pelancong terutamanya yang berteraskan alam semula jadi seperti pantai dan Taman Eko Rimba selain daripada keunikan Adat Perpatih di Negeri Sembilan," katanya.

Aminuddin (dua kiri) ketika merasmikan simbolik penyerahan aset dan jentera pada majlis berkenaan. 
Aminuddin (dua kiri) ketika merasmikan simbolik penyerahan aset dan jentera pada majlis berkenaan. 



Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri telah meluluskan perolehan aset dan jentera bernilai RM5.59 juta dibawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) sebagai salah satu strategi penambahbaikan terhadap pemantauan dan perlaksanaan penyenggaraan infrastruktur jalan negeri.

"Ia bagi menggantikan 14 kenderaan dan 13 jentera yang telah usang berusia melebihi 25 tahun serta membekalkan dron dalam usaha menggandakan kecekapan pengurusan penyenggaraan jalan negeri," katanya.

Kutipan hasil RM636 juta

Aminuddin berkata, kerajaan negeri telah mencapai lebihan pendapatan untuk tiga tahun berturut-turut.

Aminuddin (tiga kiri) ketika simbolik penyerahan aset dan jentera kepada pihak terlibat.
Aminuddin (tiga kiri) ketika simbolik penyerahan aset dan jentera kepada pihak terlibat.



"Suka saya umumkan, sehingga 31 Disember 2024, hasil negeri yang berjaya dikutip berjumlah RM636 juta bersamaan 122.31 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu RM520 juta.

"Ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan dan mencerminkan dedikasi, integriti dan usaha gigih seluruh penjawat awam di Negeri Sembilan," katanya.

Pada majlis sama turut dilancarkan buku Al-Qawam Hadis 40 lmam Nawawi untuk penjawat awam Negeri Sembilan sebagai sumber inspirasi dan rujukan dalam melahirkan generasi penjawat awam yang cemerlang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!