Remaja direman cabul sepupu enam tahun

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 15 tahun dikeluarkan Khairunnisak Hassni di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini pada Selasa.
Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 15 tahun dikeluarkan Khairunnisak Hassni di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Seorang remaja lelaki direman tujuh hari bermula Selasa selepas disyaki mencabul saudara perempuannya yang masih kanak-kanak, pada 30 November tahun lalu.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 15 tahun dikeluarkan Khairunnisak Hassni di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, suspek direman sehingga Isnin ini bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Md Nazri
Md Nazri

Sumber berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia lima tahun sedang tidur dalam bilik di rumah keluarga suspek di Bukit Rambai lebih kurang jam 12 tengah hari kerana ibu bapanya mempunyai urusan di luar negeri.

Menurutnya, insiden itu terbongkar selepas suspek sendiri bertemu pengadu iaitu ayah mangsa pada malam 6 Januari lalu dan mengakui telah melakukan perbuatan yang tidak sopan terhadap mangsa.

Katanya, suspek memberitahu kepada bapa saudaranya berusia 32 tahun yang dia melakukan perkara tidak senonoh kepada mangsa yang merupakan anak sulung daripada dua beradik ketika ibunya menjaganya pada 30 November lalu.

Artikel Berkaitan:

"Selepas itu pengadu membuat laporan polis dan mangsa telah di hantar ke Hospital Melaka untuk rawatan serta pemeriksaan lanjut.

"Suspek kemudian ditahan selepas pihak polis menerima laporan kes tersebut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!