Sekolah terbakar: 32 murid akan jalani PdPR
Kesemua 32 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Ayer Tawar dekat Manjung yang terjejas dalam insiden kebakaran pada Isnin akan menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi penggal akhir sesi Tahun 2024, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, seramai 13 guru akan kendalikan pelaksanaan PdPR bagi sesi persekolahan yang berbaki lapan hari lagi iaitu sehingga 17 Januari depan.
Menurut Sivanesan, beliau yakin murid-murid terlibat akan menjalani sesi persekolahan Tahun 2025 di bangunan baharu yang menempatkan tiga bilik darjah, bilik guru, pejabat guru besar dan perpustakaan.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sekolahterbakar #jalaniPdPR