JDT, PSG jalin kerjasama dalam pembangunan bola sepak

Tunku Mahkota Ismail (tengah) ketika mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC. Foto FB JOHOR Southern Tigers
Tunku Mahkota Ismail (tengah) ketika mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC. Foto FB JOHOR Southern Tigers
A
A
A

PASUKAN bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain FC (PSG) akan menjalinkan kerjasama dalam pelbagai aspek pembangunan bola sepak.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, pemilik JDT itu telah mengadakan pertemuan dengan delegasi PSG diketuai Daniel Markham yang merupakan Ketua Kakitangan kepada Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi.

Satu persetujuan prinsipal telah dicapai, menurut hantaran itu, dan antara yang dibincangkan termasuk kerjasama dengan kelab-kelab bola sepak dimiliki Qatar Sports Investments meliputi pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi, infrastruktur, penjenamaan serta perkongsian kepakaran dan teknologi.

"Tunku Mahkota Ismail turut menerima jemputan daripada Nasser Al-Khelaifi untuk ke Paris bagi melawat pusat latihan baharu PSG dan menghadiri perlawanan di Parc des Princes,” menurut hantaran itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!