Agensi Penerbangan Awam PBB siasat kemungkinan serangan penggodam
MOSCOW - Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memaklumkan yang ia melancarkan siasatan awal terhadap kemungkinan ciri keselamatan maklumat terjejas, dipercayai disebabkan serangan penggodam, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"ICAO sedang menyiasat secara aktif laporan mengenai potensi insiden keselamatan maklumat melibatkan pihak yang melakukan ancaman dan menyasarkan organisasi antarabangsa. Kami memandang serius perkara ini dan segera melaksanakan langkah keselamatan sambil menjalankan siasatan menyeluruh," menurut kenyataan ICAO yang diterbitkan pada Isnin.
Organisasi itu tidak menyebut pihak penggodam yang disyaki terbabit dalam serangan berkenaan tetapi memaklumkan yang maklumat lanjut akan dikongsi selepas siasatan awal selesai. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!