Anwar ucap takziah kepada mangsa gempa bumi di Xizang

Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama
Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan takziah kepada semua yang terjejas susulan gempa bumi kuat yang melanda wilayah autonomi Xizang, China.

Anwar dalam hantaran di Facebook turut menzahirkan solidariti Malaysia bersama kerajaan dan rakyat China susulan bencana itu.

"Ingatan kami adalah bersama mangsa, keluarga mereka, dan komuniti yang bergelut dengan kehilangan dan kemusnahan. Semoga mereka mendapat kekuatan, keberanian dan sokongan yang diperlukan untuk bertahan dan pulih dalam masa yang sukar ini,” kata Anwar.

Keadaan gempa bumi melanda wilayah autonomi Xizang, China yang dimuat naik Anwar di laman sosial Facebooknya pada Selasa.
Keadaan gempa bumi melanda wilayah autonomi Xizang, China yang dimuat naik Anwar di laman sosial Facebooknya pada Selasa.

Beliau juga menawarkan bantuan Malaysia kepada Nepal yang turut terjejas dalam gempa bumi itu.

Menurut laporan media antarabangsa, sekurang-kurangnya 53 orang orang terbunuh selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda Tibet di selatan China, berhampiran sempadan Nepal pada Selasa.

Gegaran gempa bumi itu turut dirasai di beberapa bahagian di India termasuk Bihar, Assam dan Bengal Barat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!