Terengganu tekad kutip tiga mata penuh di Yangon

Badrul Afzan (kiri) dan Ott ketika sidang akhbar praperlawanan menentang Shan United bagi aksi Kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN 2024/25.
Badrul Afzan (kiri) dan Ott ketika sidang akhbar praperlawanan menentang Shan United bagi aksi Kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN 2024/25.
A
A
A

TERENGGANU FC meletakkan sasaran mengutip tiga mata penuh dari Yangon ketika berdepan kelab Myanmar, Shan United dalam aksi Kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN 2024/25 di Stadium Bolasepak Thuwunna pada Rabu.

Malah, pengendali Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali yakin pemain-pemain skuad Penyu sudah bersedia menampilkan aksi terbaik masing-masing bagi menyaingi Shan's Warriors.

Jelasnya, keputusan positif berdepan skuad kendalian Hiroki Ono berkenaan penting bagi menyalakan peluang skuad Penyu ke pusingan seterusnya.

“Biarpun kami hadir ke Yangon tanpa khidmat tiga penyerang import, Nelson Bonilla, Ivan Mamut dan Ismaheel Akinade, tetapi saya percaya pemain-pemain tempatan sudah bersedia memberikan terbaik.

“Kami menghormati Shan United selaku pasukan tuan rumah dan tidak sesekali memandang rendah keupayaan pasukan lawan.

“Keazaman tinggi barisan pemain-pemain Terengganu adalah untuk membawa tiga mata pertama dalam perlawanan ini penting sebagai motivasi untuk berdepan PSM Makassar di Terengganu selepas ini,” katanya semasa sidang media pada Selasa.

Kehilangan Bonilla, Mamut dan Akinade, menyaksikan Badrul Afzan dijangka mempertaruhkan kudrat Muhammad Safawi Rasid dan Muhammad Akhyar Rashid, Muhammad Syahmi Zamri dan Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob.

Anak buah Badrul Afzan mengumpul satu mata selepas mengharungi dua perlawanan dengan keputusan seri 2-2 ketika menentang Dong A Thanh Hoa (Vietnam) diikuti tewas 2-3 kepada Preah Khan Reach Svay Rieng (Kemboja).

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, jentera tengah Terengganu dari Filipina, Manuel Ott mengakui kehadiran awal skuad Penyu di Yangon adalah bagi menyesuaikan diri dengan cuaca.

“Misi kami di sini seperti dinyatakan coach untuk mengutip tiga mata dan kami sudah bersedia untuk tujuan itu,” katanya.

KEDUDUKAN KUMPULAN A
KEDUDUKAN KUMPULAN A

KEJUARAAN KELAB ASEAN

RABU (8 Januari)

KUMPULAN A

Shan United lwn Terengganu FC

(Stadium Bolasepak Thuwunna, 7.30 malam)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!