Dua beregu ceriakan kem badminton negara

Tang Jie (kiri) dan Ee Wei mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia selepas menumpaskan pasangan Taiwan di Bukit Jalil pada Selasa. Foto FB BAM
Tang Jie (kiri) dan Ee Wei mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia selepas menumpaskan pasangan Taiwan di Bukit Jalil pada Selasa. Foto FB BAM
A
A
A

PERCAYA kepada diri sendiri menjadi rahsia kemenangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pada pusingan pertama Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Kejayaan tersebut hadir ketika selepas tujuh lagi wakil negara tumpas dalam saingan awal kejohanan bertaraf Super 1000 itu.

Tang Jie-Ee Wei yang berstatus kelima dunia seperti diramal mudah membenam cabaran wakil Taiwan, Wu Hsuan-Yi-Yang Chu Yun 21-8, 21-9 dalam masa 27 minit permainan.

"Kami tidak mahu banyak berfikir apabila turun ke gelanggang, percaya dengan kemampuan kami sendiri dan bermain sebaik yang mungkin," kata ujar Ee Wei.

Naib juara Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China, bulan lalu itu juga mendedahkan bahawa mereka tidak memandang mudah setiap lawan kerana standard dan kualiti permainan hampir sama.

"Bagi kami, semua lawan di kejohanan Super 1000 BWF adalah pasangan yang sukar. Kami sentiasa mengharungi perlawanan dengan serius dan sentiasa memberikan segala-galanya," ujar Tang Jie.

Turut menggembirakan peminat ialah beregu wanita profesional, Vivian Hoo-Lim yang muncul wakil kedua Malaysia kedua yang meneruskan kemaraan ke peringkat 16 terbaik.

Pasangan yang menghuni ranking ke-43 dunia itu tidak berdepan masalah mengenepikan gandingan ke-62, Cheng Yu Pei-Sun Yu Hsing dari Taiwan 21-11, 21-17 dalam masa 33 minit.

Artikel Berkaitan:

Pada pusingan kedua, Vivian-Chiew Sien bakal berdepan laluan sukar menentang beregu nombor satu dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China.

Vivian (kiri) dan Chiew Sien akan berdepan pasangan China dalam pusingan kedua Terbuka Malaysia di Bukit Jalil pada Khamis. Foto FB BAM
Vivian (kiri) dan Chiew Sien akan berdepan pasangan China dalam pusingan kedua Terbuka Malaysia di Bukit Jalil pada Khamis. Foto FB BAM

Vivian yang mencecah usia 34 tahun mengumumkan akan menggantung raket selepas Terbuka Malaysia dan aksinya berdepan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2024 di Paris itu mungkin menjadi penampilan terakhir jika dia dan Chiew Sien tumpas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!