Bunuh ibu guna kapak sebab tak belikan motosikal

Polis ke lokasi kejadian bagi mencari bahan bukti. Foto Agensi
Polis ke lokasi kejadian bagi mencari bahan bukti. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Seorang anak lelaki tergamak membunuh ibunya hanya kerana permintaannya supaya dibelikan sebuah motosikal dan segera dinikahkan tidak ditunaikan.

Suspek AMN berusia 23 tahun membunuh ibunya ESK ,47, dalam kejadian di rumah mereka yang terletak di Desa Singai Sena, Kapuas Hulu, Kalimantan Barat pada Sabtu lalu.

Media tempatan melaporkan, hasrat itu tidak dapat ditunaikan disebabkan suspek tidak bekerja dan mempunyai pendapatan tetap.

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Kapuas Hulu AKP Dony yang mengesahkan kejadian itu berkata, insiden bermula dengan pertengkaran antara suspek dan mangsa.

"Kemudian suspek mengambil kapak lantas memukul ibunya hinggalah wanita itu maut sebelum membawa mangsa itu ke sebuah rumah kosong berdekatan rumahnya.

"Selepas itu suspek berpura-pura menemui mayat itu yang kononnya dibunuh oleh orang lain," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Tambah Dony, hasil siasatan mendapati suspek adalah pelaku sebenar.

Suspek kini sudah ditahan selain kapak sebagai bahan bukti. Dia berhadapan hukuman 15 tahun penjara. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!