Wanita 'mandul' lahirkan anak selepas 4 jam tahu sedang hamil

Kisah kelahiran mengejut itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial. Foto Agensi
Kisah kelahiran mengejut itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Seorang wanita berdepan detik mendebarkan apabila melahirkan anaknya secara mengejut, kira-kira empat jam selepas mengetahui dirinya hamil.

Kisah kelahiran mengejut oleh wanita berusia 36 tahun di Hangzhou, wilayah Zhejiang itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menurut laporan Chao News, wanita dikenali sebagai Gong pada mulanya mahu mendapatkan rawatan masalah hipertensi di sebuah hospital di provinsi itu.

"Doktor kemudiannya melakukan pemeriksaan ultrabunyi dan mengesahkan dia sedang hamil dan kandungannya berusia lebih lapan bulan. Gong amat terkejut kerana dia pernah dimaklumkan mandul kerana sindrom rahim," jelas laporan itu.

Keadaan wanita itu yang agak kritikal memerlukan dia melakukan pembedahan caesarean.

"Bayi lelaki seberat dua kilogram selamat dilahirkan," menurut laporan itu lagi.

Gong turut menzahirkan rasa gembira dengan kelahiran anaknya itu.

Sebelum ini, wanita itu bersama suaminya pernah bertanyakan tentang proses persenyawaan in vitro (IVF), namun ditolak oleh doktor atas alasan Gong perlu menurunkan berat badannya terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, ia bukanlah kes pertama di hospital berkenaan.

Beberapa tahun lalu, seorang wanita berusia 29 tahun dan seberat 110 kilogram juga perlu menjalani pembedahan selepas dimaklumkan sedang hamil 23 minggu.

Pakar perbidanan di hospital itu, Yang Liwei berkata, segelintir wanita gempal tidak menyedari tentang kehamilan mereka kerana berat badan mereka biasanya tidak mengalami pertambahan drastik. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!