Siapa lebih layak jadi Presiden FAM?

Teraju pimpinan FAM bakal beralih tangan apabila badan induk itu mengadakan kongres pemilihan bagi penggal 2025/2029 yang berlangsung 15 Februari depan.
Teraju pimpinan FAM bakal beralih tangan apabila badan induk itu mengadakan kongres pemilihan bagi penggal 2025/2029 yang berlangsung 15 Februari depan.
A
A
A

TERAJU pimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal beralih tangan apabila badan induk itu mengadakan kongres pemilihan bagi penggal 2025/2029 yang berlangsung 15 Februari depan.

Mengikut statut FAM, mana-mana individu boleh bertanding merebut jawatan dengan syarat mereka mendapat pencalonan mencukupi daripada ahli gabungan.

Bagi jawatan presiden, enam pencalonan diperlukan daripada ahli gabungan, manakala timbalan presiden pula memerlukan lima pencalonan, diikuti naib presiden (empat pencalonan) dan exco (dua pencalonan).

Persoalan kini, siapa paling layak untuk mengemudi badan induk bola sepak negara itu yang sememangnya tidak pernah terlepas daripada kritikan penyokong setiap kali pasukan Harimau Malaya mempamerkan aksi longlai.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) dilihat calon paling layak untuk memegang jawatan tertinggi itu.

Bagaimanapun Tunku Ismail awal-awal lagi menolak cadangan itu berdasarkan kenyataannya pada Oktober lalu, ‘saya tidak akan sertai FAM, FAM akan sertai saya’.

Sebagai rekod, Tunku Ismail pernah menjadi Presiden FAM bagi penggal 2017/2021 sebelum baginda membuat keputusan melepaskan jawatannya setahun kemudian.

Apa pun, jawatan presiden sepatutnya tidak dibarisi mereka yang mempunyai jawatan dalam persatuan negeri atau kelab bagi mengelak konflik kepentingan.

Sebaliknya, calon yang bertanding bagi kerusi nombor satu FAM itu kali ini perlulah terdiri daripada muka baharu yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas tentang bola sepak.

Artikel Berkaitan:

Pendek kata, calon-calon tersebut adalah bekas pemain dan bukannya golongan berpangkat.

Ini kerana, jika presiden datang daripada golongan berpangkat, amat payah bekerjasama kerana anggota bawahan tidak berani menyuarakan pendapat sehingga menerima sahaja segala pandangan, cadangan dan keputusan kepimpinan tertinggi FAM.

Kesimpulannya, kongres pemilihan FAM kali ini bukan sekadar pertandingan individu, tetapi peluang untuk menentukan hala tuju bola sepak negara. Calon yang terpilih mesti bersedia untuk memikul tanggungjawab besar dan berusaha tanpa henti demi memartabatkan bola sepak Malaysia.

Siapa pun yang terpilih, hanya satu sahaja harapan rakyat Malaysia terutama penyokong, individu tersebut mestilah mampu mengembalikan semula kegemilangan Harimau Malaya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!