Perkeso sasar 64,000 pencarum
SHAH ALAM - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyasarkan seramai 64,000 individu mencarum melalui Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri.
Timbalan Pengarah Selangor Mohammad Ramli Ahmad Dahalan berkata, pencarum akan menerima manfaat perlindungan perubatan, hilang upaya sementara dan kekal, elaun layanan sentiasa, orang tanggungan, pengurusan mayat, pemulihan jasmani dan vokasional serta pendidikan.
Bagaimanapun katanya sehingga kini Perkeso menerima pencarum daripada syarikat milikan tunggal.
"Lebih banyak pertemuan akan diadakan bersama syarikat e-dagang termasuk persatuan peniaga bagi menggalakkan lebih ramai pencarum. Kita juga berurusan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya menerusi kenyataan semalam.
Katanya, skim diperluaskan kepada 19 sektor tidak formal sejak 1 Januari lalu.
"Mereka yang bekerja sendiri boleh mendaftar dan membuat caruman secara dalam talian di http://matrix.perkeso.gov.my atau hadir ke mana-mana cawangan Perkeso untuk maklumat lanjut," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!