PSM mohon maaf bumbung Axiata Arena bocor semasa Terbuka Malaysia

PSM memohon maaf kepada semua pihak terutamanya pihak penganjur dan peminat badminton atas insiden kebocoran bumbung yang berlaku di Axiata Arena pada Selasa.
PSM memohon maaf kepada semua pihak terutamanya pihak penganjur dan peminat badminton atas insiden kebocoran bumbung yang berlaku di Axiata Arena pada Selasa.
A
A
A

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada semua pihak terutamanya pihak penganjur dan peminat badminton atas insiden kebocoran bumbung yang berlaku di Axiata Arena pada Selasa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Iliyas Jamil, masalah kebocoran pada bumbung Axiata Arena adalah kerana proses penggantian bumbung lama (sejak 1998) kepada yang baru telah dibuat pada pertengahan 2024.

"Proses penukaran bumbung oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh JKR mengambil masa selama setahun melalui kaedah tidak perlu menutup Axiata Arena bagi penganjuran acara.

"Sejak pertengahan tahun 2024 sehingga kini, tiada sebarang kebocoran berlaku di kawasan arena," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Insiden berkenaan berlaku menyaksikan aksi saingan pembuka tirai Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berstatus Super 1000 terpaksa dihentikan untuk seketika.

Jelas Iliyas, kebocoran yang berlaku disebabkan oleh air hujan yang menitis dan terkena pada gelanggang.

Justeru katanya, PSM dengan kerjasama kontraktor telah melaksanakan kerja-kerja segera untuk mengalirkan air ke tempat lain sejak jam 4.30 petang dan gelanggang boleh digunakan semula pada jam 8 malam.

Tambah beliau lagi, pada malam tersebut, PSM dan kontraktor telah melaksanakan kerja-kerja yang lebih untuk memastikan masalah ini tidak berulang pada hari-hari berikutnya.

Artikel Berkaitan:

"PSM dan kontraktor akan menyediakan lebih 10 kakitangan untuk bersedia di bumbung selepas ini sepanjang kejohanan berlangsung bagi memastikan insiden ini tidak lagi berulang.

"Pihak JKR dan kontraktor juga memberi kerjasama untuk membuat kerja-kerja yang bersesuaian dan ianya sedang berjalan.

"PSM telah pun mengenal pasti kawasan-kawasan yang bermasalah dan menyegerakan kerja-kerja yang perlu dilakukan.

"Pihak PSM juga telah mengadakan mesyuarat dengan pihak JKR Wilayah Persekutuan dan kontraktor pada 30 Disember lalu dan menekankan kepentingan acara tidak terganggu dengan kerja penukaran bumbung ini dan telah diberi keyakinan bahawa pihak kontraktor akan membuat tindakan sewajarnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!