LPT2 sesak, lori bawa tepung terbabas rempuh lori tanah

Keadaan di Kilometer (KM) 323.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini sesak seketika gara-gara sebuah lori membawa muatan barangan membuat kek terbabas lalu merempuh sebuah lori rosak di bahu jalan.
Keadaan di Kilometer (KM) 323.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini sesak seketika gara-gara sebuah lori membawa muatan barangan membuat kek terbabas lalu merempuh sebuah lori rosak di bahu jalan.
A
A
A

KEMAMAN - [DIKEMAS KINI] Laluan di Kilometer (KM) 323.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini sesak seketika gara-gara sebuah lori membawa muatan barangan bakeri terbabas lalu merempuh sebuah lori rosak di bahu jalan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja'far berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian jam 1.20 tengah hari pada Selasa.

Menurutnya, insiden itu dipercayai berlaku apabila lori jenis Hino telah melanggar sebuah lagi lori muatan tanah yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

Anggota bomba membersihkan laluan LPT2 yang dipenuhi tepung dan minyak.
Anggota bomba membersihkan laluan LPT2 yang dipenuhi tepung dan minyak.

"Siasatan awal mendapati lori berkenaan yang dipandu lelaki berusia 20 tahun dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.

"Bagaimanapun, lori tersebut telah melanggar belakang sebuah lori jenis Nissan UD dipandu lelaki berusia 36 tahun yang berhenti di lorong kecemasan dari arah sama," katanya di sini malam tadi.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan pemandu lori Hino cedera pada kening dan tangan kiri manakala pemandu sebuah lagi lori tidak mengalami kecederaan.

"Mangsa yang mengalami kecederaan dirawat di Hospital Dungun sebagai pesakit luar.

Artikel Berkaitan:

"Ujian saringan air kencing terhadap mangsa juga mendapati negatif bahan terlarang," katanya.

Jelas beliau, kes itu disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Keadaan di lokasi kejadian apabila sebuah lori yang membawa barangan membuat kek terbabas lalu melanggar sebuah lori muatan minyak yang berhenti di bahu jalan kerana mengalami kerosakan.
Keadaan di lokasi kejadian apabila sebuah lori yang membawa barangan membuat kek terbabas lalu melanggar sebuah lori muatan minyak yang berhenti di bahu jalan kerana mengalami kerosakan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempungai maklumat diminta menyalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di talian 09-8592222.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rizuan Ramli berkata, seramai tujuh pasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membersihkan tumpahan minyak dan tepung di laluan terlibat.

Katanya, operasi pembersihan bermula jam 3.02 petang hingga 4.39 petang.

"Sebaik tiba di lokasi terdapat tumpahan minyak dan gandum berpunca daripada kemalangan membabitkan dua buah lori tersebut.

"Pihak bomba telah membersihkan kesan tumpahan minyak dan gandum itu dengan menggunakan pancutan air dari tangki jentera sehingga selesai sepenuhnya dan jalan selamat dilalui," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!