MOTAC batal lesen Layang-Layang Island Resort

Kenyataan media MOTAC pada Rabu.
Kenyataan media MOTAC pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd berkuat kuasa pada Isnin lalu.

Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Datuk Roslan Abdul Rahman berkata, tindakan tersebut selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

“MOTAC memandang serius sebarang perlanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusaha pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan, sebuah pusat peranginan di Sabah didakwa gagal mengembalikan deposit kepada lebih 100 individu yang telah membuat tempahan pakej menyelam skuba sejak 2020.

Difahamkan tempahan yang dibuat itu memerlukan deposit sebanyak 50 peratus.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!