Nurkhairah hilang di Sepang, ditemukan di Melaka

Nurkhairah Hawabillah Abdul Latif, 15, telah dijumpai di Melaka.
Nurkhairah Hawabillah Abdul Latif, 15, telah dijumpai di Melaka.
A
A
A

SEPANG - Remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Sungai Pelek, di sini pada Ahad telah ditemukan dalam keadaan selamat di Melaka.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, Nurkhairah Hawabillah Abdul Latif, 15, telah dijumpai oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak polis daerah Sepang pada Rabu sekitar jam 6 pagi.

"Nurkhairah Hawabillah telah ditemui di rumah kawannya di Melaka dan dia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

"Remaja berusia 15 tahun itu telah diserahkan kepada ibu bapanya dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, orang awam mendapat maklumat daripada kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang mengenai kehilangan remaja tersebut.

Menurutnya, pihak polis mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama dan maklumat yang disalurkan sehingga remaja itu dijumpai semula.

Sementara itu, kata beliau, ibu bapa perlu mengambil tahu dengan siapa anak mereka berkawan.

Jelasnya, pengaruh kawan atau rakan sebaya adalah sangat kuat, seterusnya mudah mempengaruhi kanak-kanak yang mempunyai masalah.

Artikel Berkaitan:

"Ada juga remaja yang bersifat ingin membalas dendam dengan apa yang dilalui.

"Mungkin juga cara ibu bapa menegur anak remaja terlalu keras dan mereka tidak boleh terima teguran seumpama itu," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!