Dua gajah liar 'masuk kampung' ditangkap

Gajah liar yang ditangkap di Kampung Pulai, Gua Musang.
Gajah liar yang ditangkap di Kampung Pulai, Gua Musang.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Kelantan menangkap dua ekor gajah jantan liar di Kampung Pulai, Gua Musang pada Selasa.

Jabatan berkenaan menerima aduan mengenai gajah liar yang berkeliaran dan memusnahkan tanaman kebun di sekitar kampung berkenaan.

Perhilitan melalui kenyataan memberitahu, bertindak atas aduan tersebut, seramai tujuh anggota menjalankan pemantauan sebelum menangkap haiwan terbabit.

"Tangkapan itu dapat melegakan penduduk di sekitar kampung selain mengelakkan kerugian berterusan yang dialami penduduk akibat konflik gajah berkenaan," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, operasi pemindahan dan pelepasan dua ekor gajah itu ke habitat yang lebih sesuai dan selamat akan dijalankan dalam masa terdekat dengan bantuan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.

Tambah Perhilitan, operasi pemindahan turut melibatkankakitangan Perhilitan Kelantan.

"Tindakan bagi mengurangkan konflik yang berlaku di kawasan berkenaan telah dijalankan dengan memberi khidmat nasihat kepada penduduk khususnya pekebun agar mengambil langkah-langkah mitigasi seperti memasang lampu diod pemancar cahaya (LED) di kawasan yang dikenal pasti sebagai laluan masuk gajah ke kebun," katanya.

Jelasnya lagi, pemilik kebun perlu sentiasa membersihkan kawasan dan tidak dibiarkan semak samun selain membina sistem pagar elektrik gajah (SPEG) di sekeliling kawasan kebun.

Artikel Berkaitan:

"Gajah liar yang mengganggu bukanlah penyelesaian jangka panjang kerana kawasan kebun itu berhampiran Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Papan dan dipercayai ada lebih daripada 30 ekor haiwan itu," katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!