JS-SEZ pacu Johor sebagai destinasi pelaburan terkemuka di Asia Tenggara

Penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dilihat sebagai inisiatif transformatif yang akan memacu kedudukan Johor sebagai destinasi pelaburan terkemuka di Asia Tenggara. Foto hiasan
Penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dilihat sebagai inisiatif transformatif yang akan memacu kedudukan Johor sebagai destinasi pelaburan terkemuka di Asia Tenggara. Foto hiasan
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Pemaju induk Iskandar Puteri di Johor, Iskandar Investment Bhd (IIB) melihat penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai inisiatif transformatif yang akan memacu kedudukan Johor sebagai destinasi pelaburan terkemuka di Asia Tenggara.

Perjanjian rasmi yang ditandatangani semalam menandakan lembaran baharu pertumbuhan ekonomi serta kerjasama rentas sempadan yang membawa peluang besar kepada Iskandar Puteri dan wilayah yang lebih luas.

Sebagai pemegang kepentingan utama dalam pembangunan ekonomi Johor, IIB amat komited terhadap peluang yang akan dicipta oleh inisiatif itu, khususnya kepada perniagaan dan komuniti.

"Dengan tumpuan kepada sektor ekonomi utama seperti pendidikan, ekonomi hijau dan industri transformatif seperti tenaga, JS-SEZ berada pada kedudukan bagi memacu pertumbuhan yang mampan. Terutamanya, apabila industri pusat data telah ditetapkan untuk pengembangan ketara yang dipacu oleh firma teknologi utama, ini sejajar dengan trend global dan akan meletakkan Johor sebagai peneraju dalam infrastruktur digital serta inovasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Inisiatif ini mencerminkan perkongsian bersama wawasan Malaysia serta Singapura untuk kemampanan dan integrasi serantau.

"Ketersambungan turut dipertingkatkan, rangkaian Sistem Transit Rapid (RTS) bersedia untuk beroperasi menjelang 2026 dan mampu mengangkut 20,000 penumpang sejam, menunjukkan kepentingan kerjasama rentas sempadan yang lancar dalam ASEAN.

"Kemampanan berdiri sebagai asas usaha kolaboratif akan memacu JS-SEZ. Dengan kewujudkan grid tenaga ASEAN, ini akan melonjakkan kerjasama tenaga rentas sempadan dan amat kritikal kepada agendanya,” katanya.

Pemeteraian dua memorandum persefahaman (MOU) mengenai kredit karbon serta penangkapan dan penyimpanan karbon, yang diadakan bersempena dengan perjanjian JS-SEZ akan mengukuhkan lagi dedikasi bersama ini ke arah menangani cabaran iklim.

Artikel Berkaitan:

"Melengkapkan usaha serantau ini, inisiatif Bandar Karbon Sifar Bersih IIB bertujuan memupuk penyelesaian tenaga boleh baharu dan penjagaan alam sekitar di sini (Iskandar Puteri). Bersama-sama, inisiatif ini menyerlahkan lagi peranan Johor sebagai hab untuk pembangunan yang inovatif dan mampan,” tambahnya.

IIB berkata kemudahan seperti Bandar Konvensyen Antarabangsa Medini (MICC) dan Tech Medini mencerminkan dedikasi rantau ini bagi memupuk persekitaran mesra perniagaan selain menyokong pertumbuhan ekonomi.

"MICC akan menyediakan infrastruktur bertaraf dunia untuk penglibatan perniagaan global manakala Tech Medini akan berfungsi sebagai hab bagi pembangunan keusahawanan dan kemahiran, memperkasakan belia termasuk tenaga kerja di rantau ini.

"Inisiatif ini juga akan mengukuhkan kedudukan Iskandar Puteri sebagai destinasi berdaya saing untuk pelaburan dan inovasi.

"Perkembangan ini sejajar dengan belanjawan 2025 Johor iaitu menonjolkan negeri tersebut sebagai 'Enjin Pertumbuhan Seterusnya untuk Negara',” tambahnya lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong menyaksikan pertukaran perjanjian bersama antara Malaysia dan Singapura di JS-SEZ semalam. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!