Di mana Puteri Rania Qalesya menghilang?
PUTRAJAYA - Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dengan kali terakhir dilihat di rumahnya di Ara Damansara pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, laporan berkaitan kehilangan remaja berumur 14 tahun itu dibuat kira-kira jam 8.39 malam.
"Remaja ini dikenali sebagai Puteri Rania Qalesya Ibrahim, berketinggian 150 sentimeter dan memiliki berat 42 kilogram.
"Remaja ini berkulit hitam manis, berhidung mancung, memiliki bibir mulut nipis, dan bentuk badan kurus," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Katanya, berdasarkan laporan, remaja terbabit dilihat kali terakhir berada di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Taman Putra Damai 1, Jalan PJU 1A/40, Ara Damansara.
"Semakan berdasarkan laporan mendapati remaja ini dilihat kali terakhir kira-kira jam 1.11 petang.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan remaja ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Mohd Maliki Ariffin di talian 013-8308485 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!