ASEAN 2025: Kepimpinan Anwar mampu cetus kebangkitan kedua ASEAN

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpotensi untuk menghidupkan kebangkitan kedua ASEAN terutama menerusi ASEAN-Malaysia 2025.

Berucap pada ASEAN Economic Opinion Leaders Conference: Outlook 2025 di sini pada Rabu, Editor Eksekutif Pengurusan South China Morning Post, Zuraidah Ibrahim memuji kepimpinan Anwar terhadap kepimpinan serantau.

"Anwar sebenarnya telah menggunakan sangat baik (pendekatan) dalam mengambil alih kepimpinan dan (mencadangkan) tentang kebangkitan kedua ASEAN.

"Sebagai individu yang dibesarkan di sini dan amat mendalami rantau ini, saya benar-benar berharap Malaysia akan berjaya dalam mencetuskan kebangkitan kedua ASEAN,” katanya pada satu sesi di persidangan itu.

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Wong Chun Wai selaku moderator bagi sesi bertajuk The Role of Media and Opinion Leaders in Narrating ASEAN itu.

Malaysia melangkah ke 2025 dengan keyakinan tinggi apabila secara rasmi mengambil alih Kepengerusian ASEAN, membuka laluan untuk memimpin pelbagai acara antarabangsa yang bermatlamat mengukuhkan hubungan diplomatik multilateral, memperkukuh kerjasama serantau, dan membentuk landskap geopolitik yang lebih luas.

Dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan", Malaysia akan menganjurkan lebih 300 mesyuarat dan program utama di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Anwar dalam ucapan sempena tahun baharu 2025 berkata tugas besar menanti Malaysia pada tahun ini apabila bakal memulakan tanggungjawab memimpin rantau Asia Tenggara selaku Pengerusi ASEAN.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kerumitan landskap global saat kini menuntut ASEAN untuk melakar peranan dan pengarahan baharu.

Laos menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Malaysia pada 11 Oktober lepas semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Berkaitan di Vientiane.

Malaysia secara rasmi mengambil alih Kepengerusian ASEAN pada 1 Januari. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!