Wajib taat suami walau jahat – Ustaz Azhar Idrus

BERSABAR adalah salah satu jalan untuk taat kepada suami walaupun dia berperangai jahat. Foto CANVA
BERSABAR adalah salah satu jalan untuk taat kepada suami walaupun dia berperangai jahat. Foto CANVA
A
A
A

SERINGKALI kedengaran kisah-kisah seorang wanita atau isteri yang tidak tahan dengan perangai buruk suaminya sehingga akhirnya hubungan mereka berakhir dengan penceraian.

Bagaimanapun, ada juga sebahagian isteri memilih untuk mempertahankan hubungan yang dibina atas pelbagai sebab termasuklah tidak mahu anak-anak terkesan.

Pendakwah, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, para isteri tetap diwajibkan untuk mentaati suami walaupun dia seorang yang penipu, pengkhianat dan menzalimi isterinya secara fizikal dan mental.

“Tetap wajib taat suami walaupun dia jahat dan wajib taat itu bukan atas perkara haram.

“Adapun atas perkara haram, barulah tidak wajib taat suami itu,” katanya dalam akaun YouTube miliknya pada Selasa.

USTAZ AZHAR
USTAZ AZHAR

Tambahnya, sebagai contoh, suami tidak taat kepada perintah ALLAH dan tidak membayar zakat, isterinya wajib taat kepada suami.

Artikel Berkaitan:

“Suami tidak mahu solat, isteri tetap wajib taat suaminya itu.

“Yang haram isteri taat apabila suami menyuruh kita tinggalkan perkara yang wajib atau suami suruh membuka tudung serta dedahkan aurat, (ketika itu) jangan taat suami,” jelasnya.

Ustaz Azhar menjelaskan lagi, wajib taat suami yang tidak patuh pada perintah agama dan sekiranya isteri tidak suka, dia boleh mohon perceraian di mahkamah syariah.

“Kalau isteri sabar, ia adalah jalan terbaik dan banyak pahala akan dapat,” katanya.

Ujarnya lagi, lima perkara yang menyebabkan wanita boleh meminta cerai daripada suaminya dan dia tidak dihukum berdosa kerananya:

1 – Suami menyuruh isteri melakukan perkara haram seperti minum arak.

ISTERI boleh memohon perceraian di mahkamah syariah jika terdapat sebab yang dibenarkan untuk memutuskan ikatan perkahwinan itu. Foto CANVA
ISTERI boleh memohon perceraian di mahkamah syariah jika terdapat sebab yang dibenarkan untuk memutuskan ikatan perkahwinan itu. Foto CANVA

2 – Suami melarang isteri melakukan perkara yang wajib ke atasnnya seperti melarang menutup aurat dan memakai tudung.

3 – Suami mendera isteri seperti menyepak, terajang dan pukul.

4 – Suami tidak menyediakan nafkah.

5 – Suami dipenjarakan dengan hukuman minima tiga tahun.

“Jika ada (salah satu) lima sebab ini, wanita atau isteri itu boleh meminta cerai daripada suaminya.

“Jika isteri tidak mahu bercerai dan nak jadi isterinya juga, dia perlu bersabar dan menasihati suaminya itu,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!