Pemandu melecur, lori tangki, kereta BMW terbakar dalam kemalangan

A
A
A

ALOR GAJAH - Pemandu lori tangki minyak sawit melecur di bahagian muka dan badan selepas kenderaannya terbakar di Kilometer (KM) 199.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini pada Rabu

Kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu mengakibatkan pemandu berusia 42 tahun melecur kira-kira 40 peratus dan sebuah kereta mewah jenis BMW Z4 turut terbakar.

Pemandu kereta yang juga pengurus kilang, Tan Hong Ta, 36, dari Johor Baharu berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur, namun setiba di lokasi kejadian dia mengalami tayar pancit dan menunggu lebih sejam untuk bantuan lori tunda.

Pasukan bomba memadamkan kebakaran termasuk menggunakan buih.
Pasukan bomba memadamkan kebakaran termasuk menggunakan buih.

Menurutnya, ketika lori tunda tiba dan mahu masuk ke susur lorong kecemasan untuk menunda keretanya, sebuah lori tangki telah merempuh sebuah treler yang berada di bahagian belakang lori tunda terbabit.

"Akibat rempuhan itu saya nampak lori tangki itu terbabas ke arah kereta saya dan terdengar beberapa kali bunyi letupan sebelum kereta saya turut terbakar dalam kejadian itu.

"Saya terpaksa berlari kira-kira 100 meter untuk menyelamatkan diri dan kejadian berlaku begitu pantas, tiba-tiba saya nampak dua kenderaan terbakar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pada petang Rabu.

Artikel Berkaitan:

Tan Hong Ta
Tan Hong Ta

Tinjauan Sinar Harian mendapati kemalangan tiga kenderaan itu turut menyebabkan kesesakan lebih lima kilometer selepas lorong kiri dan tengah lebuh raya tersebut ditutup sepenuhnya.

Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK l), Mohd Sany Sahari berkata, setiba di lokasi pihaknya mendapati terdapat seorang mangsa mengalami kecederaan.

Mangsa yang melecur diselamatkan sebelum dihantar mendapatkan rawatan lanjut di hospital.
Mangsa yang melecur diselamatkan sebelum dihantar mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Menurutnya, pasukan bomba segera bertindak mengawal serta memadam kebakaran menggunakan satu aliran hos air tangki jentera dan water tanker.

"Mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Alor Gajah menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Ayer Keroh," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!