'Macam dalam filem'

Lokasi lelaki yang maut ditembak terdapat kesan darah.
Lokasi lelaki yang maut ditembak terdapat kesan darah.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Insiden tembakan di sebuah restoran di Jalan Setia 3/2, Taman Setia Indah di sini, pada Rabu mengejutkan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

Menurut seorang yang enggan dikenali, kejadian tembakan itu kali pertama berlaku di kawasan berkenaan.

"Kejadian ini berlaku dengan cepat sekali, macam dalam filem pula, saya dengar ada beberapa das tembakan.

"Saya nampak seorang lelaki rebah dan seorang lagi lelaki yang menaiki motosikal segera meninggalkan tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian.

Sinar harian melaporkan seorang lelaki maut ditembak oleh individu tidak dikenali di sebuah restoran di Jalan Setia 3/2, Taman Setia Indah di sini, pada Rabu.

Insiden tembakan berlaku di sebuah restoran di Jalan Setia 3/2, Taman Setia Indah di Johor Bahru, pada Rabu.
Insiden tembakan berlaku di sebuah restoran di Jalan Setia 3/2, Taman Setia Indah di Johor Bahru, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dikatakan berada di luar sebuah restoran dan dipercayai baru lepas makan apabila secara tiba-tiba seorang lelaki menaiki sebuah motosikal berwarna merah menuju ke restoran berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri.

Artikel Berkaitan:

Akibat tembakan tersebut mangsa rebah dan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu seorang lagi saksi yang enggan dikenali berkata, kejadian tembak itu bagaikan sudah dirancang oleh pihak tertentu.

Ini kerana, katanya, penembak hanya menyasarkan mangsa dan sebaik tembakan terkena mangsa, suspek terus melarikan diri tanpa menghiraukan orang lain yang berada di lokasi berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!