Semakan tawaran kemasukan ke MRSM 2025 Isnin depan

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun 2025 bakal diumumkan pada Isnin depan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tawaran tersebut berpandukan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) untuk Tingkatan 1 dan 4.

“Insya-ALLAH Mara akan berkongsi pautan untuk pelajar-pelajar dan ibu bapa membuat semakan keputusan tawaran,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Sebelum ini, permohonan kemasukan ke MRSM 2025 bagi Tingkatan 1 dan 4 mula dibuka pada Ogos hingga September lalu dan disusuli dengan tarikh semakan panggilan UKKM pada Oktober 2024.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!