Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran

Wartawan dan industri media tidak seharusnya bimbang dengan kemunculan kecerdasan buatan (AI), sebaliknya perlu menerima teknologi itu sebagai ‘rakan’ yang bermanfaat dalam mengatasi pelbagai cabaran. Gambar hiasan
Wartawan dan industri media tidak seharusnya bimbang dengan kemunculan kecerdasan buatan (AI), sebaliknya perlu menerima teknologi itu sebagai ‘rakan’ yang bermanfaat dalam mengatasi pelbagai cabaran. Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Wartawan dan industri media tidak seharusnya bimbang dengan kemunculan kecerdasan buatan (AI), sebaliknya perlu menerima teknologi itu sebagai ‘rakan’ yang bermanfaat dalam mengatasi pelbagai cabaran.

Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Yong Soo Heong berkata, AI perlu dianggap sebagai rakan yang membantu individu dalam industri ini untuk menjadi wartawan, penulis dan penyampai yang lebih baik.

Wartawan veteran itu berkata, satu daripada kelebihan AI ialah teknologi itu yang mampu mempercepat proses pengumpulan maklumat daripada rekod yang memerlukan masa yang lama.

"AI dapat membantu memendekkan masa yang diperlukan untuk menyelesaikan beban kerja anda. Dahulu, wartawan di sesebuah organisasi terpaksa meneliti rekod keratan berita untuk mendapatkan latar belakang yang lebih mendalam bagi berita atau artikel analisis yang dihasilkan.

"Pada masa ini, anda tidak perlu melakukannya kerana AI boleh menjadi rakan anda, membantu meningkatkan usaha dan mempercepat proses,” katanya dalam ucapan pada majlis penutup program latihan Artificial Intelligence: Empowering Journalists on Content and Newsroom Management di sini hari ini.

Program dua hari yang berakhir hari ini merangkumi modul berkaitan penggunaan AI dalam penyuntingan, penulisan automatik dan analisis data dalam bidang kewartawanan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!