Lari lintang-pukang nampak anggota imigresen

Antara warga asing yang ditahan dalam operasi di tapak pembinaan di Seksyen U12, Shah Alam pada Khamis.
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi di tapak pembinaan di Seksyen U12, Shah Alam pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Suasana sunyi awal pagi di kawasan pembinaan di Seksyen U12 di sini yang menjadi tempat tinggal pendatang asing tanpa izin (PATI) dikejutkan dengan serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Khamis.

Serbuan bermula jam 1 pagi itu dijalankan sepasukan anggota JIM Selangor yang diketuai Ketua Bahagian Penguat kuasa Imigresen Selangor, Johari Supardi.

Sinar Harian yang mengikuti operasi terbabit mendapati beberapa tingkat di blok kawasan pembinaan itu menempatkan bilik yang dijadikan sebagai asrama pekerja asing dengan keadaan yang berbau serta tidak teratur.

Ruang yang dijadikan sebagai tempat tinggal warga asing di bangunan masih dalam pembinaan.
Ruang yang dijadikan sebagai tempat tinggal warga asing di bangunan masih dalam pembinaan.

Semasa serbuan, ada antara warga asing cuba melarikan diri, bersembunyi di tempat tangki air dan ada juga yang mencuba nasib menyorok di celah katil.

Namun, kecekapan pasukan operasi berjaya mematahkan cubaan itu.

Seorang wanita warga Indonesia yang mahu dikenali sebagai Hayatiey berkata, dia dibayar gaji sebanyak RM50 sehari dan telah bekerja sejak tiga bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

JIM Selangor melakukan semakan dokumen bagi mengesan kesalahan yang dilakukan warga asing dalam serbuan di tapak pembinaan di Seksyen U12, Shah Alam pada Khamis.
JIM Selangor melakukan semakan dokumen bagi mengesan kesalahan yang dilakukan warga asing dalam serbuan di tapak pembinaan di Seksyen U12, Shah Alam pada Khamis.

"Saya dah lama berada di sini (Malaysia). Ada juga bermacam kerja lain saya buat sebelum ini. Di sini tahu kerja dari kawan," katanya selepas semakan dokumen didapati tinggal lebih masa sejak tiga tahun lepas.

Selain itu, ketika semakan hendak dilakukan, ada antara warga asing berkenaan cuba memperdaya pegawai operasi dengan mengatakan dirinya sudah diperiksa kononnya dapat elak pemeriksaan.

Antara warga asing yang ditahan dalam operasi di tapak pembinaan di Seksyen U12, Shah Alam pada Khamis.
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi di tapak pembinaan di Seksyen U12, Shah Alam pada Khamis.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, seramai 154 PATI berusia lingkungan 30 hingga 50-an ditahan termasuk 19 wanita hasil pemeriksaan 400 individu.

"Semakan mendapati mereka yang ditahan melibatkan 64 warga Bangladesh, Indonesia (56 orang), Myanmar (27 orang), Nepal (5 orang) dan seorang India.

"Kesemua ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!