MBPJ, JIM 'bersihkan' perniagaan tanpa lesen dikendali warga asing

Operasi bersepadu MBPJ bersama JIM Selangor ini bagi membanteras aktiviti perniagaan tanpa lesen khususnya melibatkan warga asing.
Operasi bersepadu MBPJ bersama JIM Selangor ini bagi membanteras aktiviti perniagaan tanpa lesen khususnya melibatkan warga asing.
A
A
A

PETALING JAYA - Sebanyak 18 premis perniagaan tanpa lesen dikenakan tindakan sitaan dan penutupan dalam operasi bersepadu di kawasan PJ2 dan di Pasar Seri Setia, Sungai Way di sini.

Operasi bersepadu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor itu bagi membanteras aktiviti perniagaan tanpa lesen khususnya melibatkan warga asing.

MBPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi bersepadu itu juga dijalankan bagi memastikan semua perniagaan dijalankan secara sah dan mematuhi peraturan ditetapkan.

Operasi yang bermula pada jam 11 pagi pada Rabu itu turut disertai Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon.
Operasi yang bermula pada jam 11 pagi pada Rabu itu turut disertai Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon.

"Operasi yang bermula pada jam 11 pagi pada Rabu itu turut disertai Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon.

"Hasil daripada operasi tersebut, sebanyak 18 premis perniagaan tanpa lesen dikenakan tindakan sitaan dan penutupan," kata pihak berkuasa tempatan itu menerusi kenyataan itu pada Khamis.

Selain itu, MBPJ turut memaklumkan, pihak imigresen juga telah menahan 20 individu warga asing pelbagai kewarganegaraan untuk siasatan lanjut.

"MBPJ akan terus mempergiatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan.

Artikel Berkaitan:

"Pihak majlis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang melanggar peraturan dan undang-undang," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!