[VIDEO] Mayat dalam but kereta: Pemandu lori didakwa membunuh

A
A
A

MERSING - Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Mersing di sini pada Khamis, atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta pada Disember lalu.

Tertuduh, Hasbullah Adam, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurkhalida Farhana Abu Bakar.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Hasbullah didakwa membunuh Shakirin Mohammad, 28, antara jam 6.10 pagi pada 26 Disember hingga jam 1.50 tengah hari 28 Disember lalu di tepi Jalan Jemaluang-Kahang, Mersing.

Hasbullah dikawal ketat anggota polis ketika hadir di Mahkamah Majistret Mersing pada Khamis.
Hasbullah dikawal ketat anggota polis ketika hadir di Mahkamah Majistret Mersing pada Khamis.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman mati atau penjara di antara 30 hingga 40 tahun dengan sebatan minimum 12 kali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Foo Fang Leong manakala tertuduh diwakili peguam bela, Azlan Bohari.

Mahkamah menetapkan 27 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan laporan kimia, forensik dan laporan bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat lelaki tempatan berusia 28 tahun dalam keadaan berpakaian lengkap dalam but kereta miliknya dengan kesan kecederaan di bahagian leher, pada 28 Disember lalu.

Mahkamah menetapkan 27 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan laporan kimia, forensik dan laporan bedah siasat.
Mahkamah menetapkan 27 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan laporan kimia, forensik dan laporan bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, dilaporkan berkata dendam dipercayai menjadi motif utama pembunuhan sebelum mayat mangsa ditemui dalam but kereta jenis Proton Waja di Kilometer (KM) 26 Jalan Jemaluang-Kahang.

Bertindak atas maklumat risikan, pasukan siasatan khas yang ditubuhkan membuat tangkapan seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia 30an, tahun di Johor Bahru pada jam 4.30 pagi 29 Disember lalu.

Pada Rabu, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar menerusi kenyataan media memberitahu wanita yang ditahan itu telah dibebaskan dengan bon mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebagai saksi pendakwaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!