Mayat dalam but kereta: Pemandu lori didakwa membunuh
09 Januari 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Mersing pada Khamis, atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta pada Disember lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Tertuduh, Hasbullah Adam, 36 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurkhalida Farhana Abu Bakar.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #mayatdalambutkereta