[VIDEO] Penduduk gempar jumpa objek menyerupai bahan letupan buatan sendiri

A
A
A

GEORGE TOWN - Penduduk kawasan di Lebuh Sungai Pinang di sini gempar dengan penemuan objek dipercayai bahan letupan palsu pada pagi Khamis.

Objek yang dikatakan bahan letupan buatan sendiri itu diletakkan pada sebuah basikal yang diikat di sebatang pokok di tepi jalan kawasan berkenaan.

Kawasan penemuan objek dipercayai bahan letupan palsu di Lebuh Sungai Pinang pada Khamis. Objek berkenaan dilekatkan pada sebuah basikal yang diiikat pada sebatang pokok di tepi jalan.
Kawasan penemuan objek dipercayai bahan letupan palsu di Lebuh Sungai Pinang pada Khamis. Objek berkenaan dilekatkan pada sebuah basikal yang diiikat pada sebatang pokok di tepi jalan.

Kawasan tersebut merupakan kawasan perumahan yang mengandungi rumah flat, pangsapuri, deretan rumah kedai, medan selera serta masjid.

Pasukan UPB PDRM sedang meneliti objek yang menyerupai bahan letupan tersebut.
Pasukan UPB PDRM sedang meneliti objek yang menyerupai bahan letupan tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Mohammad berkata, polis menerima panggilan kecemasan pada jam 9.50 pagi berhubung penemuan objek yang mencurigakan menyerupai bahan letupan di tepi jalan Lebuh Sungai Pinang 7, di sini.

Menurutnya, polis telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian dengan dibantu oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan siasatan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

Polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

"UPB PDRM telah berjaya menyahaktifkan objek tersebut pada jam 11.50 pagi dan hasil analisa awal mendapati, objek tersebut diperbuat daripada kertas, wayar dan simen serta tidak mengandungi sebarang bahan letupan.

"Tempat kejadian tersebut telah disahkan selamat dan dibuka kepada orang awam pada jam 12.15 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebuah robot pemusnah bom digunakan untuk menjalankan kerja-kerja menyahaktif objek menyerupai letupan palsu
Sebuah robot pemusnah bom digunakan untuk menjalankan kerja-kerja menyahaktif objek menyerupai letupan palsu

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan dalam kejadian terbabit.

"Saya menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita palsu mengenai kejadian ini sehingga boleh mendatangkan kegusaran di kalangan ahli masyarakat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!