Ibu dua anak dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan Daesh

Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menjatuhi seorang bekas pegawai pemasaran hukuman penjara tiga tahun, atas dua pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh, tahun lalu. Gambar fail
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menjatuhi seorang bekas pegawai pemasaran hukuman penjara tiga tahun, atas dua pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh, tahun lalu. Gambar fail
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menjatuhi seorang bekas pegawai pemasaran hukuman penjara tiga tahun, atas dua pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh, tahun lalu.

Suhaini Sarwan, 47, dikenakan hukuman itu selepas mengekalkan pengakuan bersalah di hadapan Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua dikenakan hukuman masing-masing tiga tahun namun mahkamah memerintahkan hukuman berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 30 Mei tahun lalu.

Mengikut dua pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak berusia 14 dan 18 tahun itu didakwa memiliki artikel dan bahan mengenai kumpulan pengganas itu, dalam komputer riba di Jalan Baiduri, Taman Daiman Jaya dan Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, Johor, pada jam 2.20 petang, 30 Mei tahun lalu.

Setiap pertuduhan dibuat mengikut perenggan 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 130JB(1) Kanun yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, peguam, Sazlinidayu Kamarul Baharin yang mewakili tertuduh merayu mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana anak guamnya telah insaf.

"Dia mempunyai Ijazah Sarjana Kejuteraan Elektrik berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman berat.

"Merujuk pada fakta kes, hasil laporan daripada pakar mendapati pemilik kepada item-item ini mempunyai kecenderungan yang boleh mengancam keselamatan negara selain menggalakkan penggunaaan kekerasan terhadap perjuangan yang disokong," katanya.

Pada 30 September lalu, Sinar Harian melaporkan, wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki item berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!