Tang Jie-Ee Wei ke suku akhir Terbuka Malaysia
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi wakil negara pertama mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir Terbuka Malaysia sebentar tadi.
Pasangan di ranking keenam dunia itu menewaskan gandingan dari Taiwan, Ming Che Lu-En Tzu Hung dengan kemenangan straight set dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.
Tang Jie-Ee Wei nyata bukan tandingan beregu Taiwan itu apabila tampil dengan permainan sempurna dan mendahului pada satu ketika dengan mata 7-1 sebelum Ming Che-En Tzu cuba bangkit merapatkan mata.
Namun, selepas 'interval', pasangan negara itu memperkemaskan rentak untuk meraih kemenangan 21-8 pada set pertama.
Jurang kualiti permainan terus memainkan peranan antara kedua-dua beregu tersebut apabila pasangan negara tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan pada set kedua dengan kiraan mata 21-14.
Tang Jie-Ee Wei akan menentang pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito di pusingan suku akhir esok.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!