Kondominium jadi stor simpan 96.8kg dadah

Kumar (tengah) pada sidang media berkenaan.
Kumar (tengah) pada sidang media berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Enam termasuk seorang bekas banduan antara yang ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium yang dijadikan stor menyimpan 96.8 kilogram (kg) bernilai RM13.6 juta, pada Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, suspek melibatkan empat lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 24 hingga 29 tahun itu ditahan hasil operasi khas melibatkan dua serbuan di sekitar kawasan Seri Alam dan Iskandar Puteri mulai jam 12.30 pagi Ahad hingga 8 malam Rabu.

"Sindiket dipercayai telah aktif beroperasi sejak September 2024 dengan menjadikan kondominium 'gated and guarded' sebagai stor penyimpanan dan pembungkusan dadah untuk pasaran di sekitar Johor Bahru.

"Dalam serbuan tersebut juga polis turut merampas 73.5 kg serbuk jenis ekstasi bernilai RM12.3 juta, 20.3 kg ketamin dan 2.9 kg pil eramin," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini pada Khamis.

Untuk rekod, dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 357,126 penagih.

Dalam serbuan berkenaan, polis turut menyita tiga kereta, sebuah motosikal, seutas jam tangan, pelbagai jenis barang kemas dan wang tunai berjumlah RM263, 934.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari mulai 5 hingga 11 Januari 2025 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabitkan kesalahan hukuman mati atau penjara seumur hidup yang mana boleh juga dikenakan sebatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!