500kg ikan pelaling licin dalam tiga jam

Antara orang ramai yang tidak melepaskan peluang membeli ikan pelaling. Ikan pelaling yang dijual lebih dari pasaran dengan harga RM5 sekilogram.
Antara orang ramai yang tidak melepaskan peluang membeli ikan pelaling. Ikan pelaling yang dijual lebih dari pasaran dengan harga RM5 sekilogram.
A
A
A

TEMERLOH - Dengan harga RM5 sekilogram, 500 kilogram ikan pelaling licin terjual dalam tempoh kira-kira tiga jam di pekarangan Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah atau dahulunya dikenali Masjid Taman Temerloh Jaya di sini pada Khamis.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli ikan dengan harga yang lebih murah daripada pasaran bermula jam 9 pagi.

Peniaga terbabit, Lukman Hakim Sulaiman, 28, memberitahu, ikan tersebut dibawa dari Perak untuk jualan terbabit.

Menurutnya, program jualan itu telah dijalankan sejak tahun lepas dengan kerjasama koperasi masjid terbabit

Rahana Imam
Rahana Imam

"Kita menawarkan harga murah daripada pasaran untuk memberikan peluang kepada orang ramai merasai ikan ini selain boleh membantu mengurangkan beban mereka," katanya lagi.

Bagi pesara, Rahana Imam, 56, mengalu-alukan jualan tersebut dan memuji usaha pihak terbabit menjual dengan harga murah.

Artikel Berkaitan:

"Ikan pun nampak segar dan sebelum ini pun tidak melepaskan peluang membeli kerana harga ditawarkan sangat berpatutan," ujarnya.

Seorang tukang gunting, K Narayanan, 45, turut tidak melepaskan peluang untuk membeli ikan di pekarangan masjid tersebut.

"Tiap kali ada jualan memang saya akan membeli kerana harga sebegini sangat membantu dan mengurangkan beban orang ramai," jelasnya lagi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi koperasi, Mohd Safri Harun memberitahu, program itu juga mendapat kerjasama jawatankuasa induk masjid tersebut.

Katanya, ia juga dapat membantu menyumbang pendapatan buat koperasi terbabit yang kini memiliki lebih 200 ahli.

"Boleh dikatakan jualan ini diadakan setiap minggu bergantung kepada pembekal juga," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!