Yee sang terpanjang 1,211 meter sempena CNY

(Empat dari kiri) Pegawai Malaysia Book of Records, Edwin Yeoh; Pengarah Eksekutif Operasi, Neil Gurusamy; Azliza, Pengarah Eksekutif Pelanggan dan Pemasaran, Nuathip Pituckpongsator dan Pengarah Komersial, Lee May Li ketika majlis pengiktirafan pada Sabtu.
(Empat dari kiri) Pegawai Malaysia Book of Records, Edwin Yeoh; Pengarah Eksekutif Operasi, Neil Gurusamy; Azliza, Pengarah Eksekutif Pelanggan dan Pemasaran, Nuathip Pituckpongsator dan Pengarah Komersial, Lee May Li ketika majlis pengiktirafan pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records apabila berjaya menyediakan yee sang berbentuk ular sepanjang 1,211 meter.

Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Korporat, Azliza Azmel berkata, acara itu diadakan sempena sambutan Chinese New Year (CNY) atau Tahun Baharu Cina 2025 menerusi pelancaran kempen ‘Semuanya Ongsem – Lotus’s (Kesejahteraan dan Harga Hebat).

AZLIZA
AZLIZA

“Hidangan tradisional berwarna-warni yang terdiri daripada campuran sayursayuran dan buah-buahan telah disusun di atas lebih 650 meja yang bersambung.

“Yee sang ini disediakan oleh 10 cef dengan kerjasama 200 sukarelawan daripada Lotus’s Malaysia, Kechara Soup Kitchen dan rakan jenama lain.

Antara sukarelawan yang hadir untuk menyiapkan yee sang sepanjang 1,211 meter.
Antara sukarelawan yang hadir untuk menyiapkan yee sang sepanjang 1,211 meter.

“Acara itu turut dimeriahkan dengan tarian singa, gerai sampel jenama, penampilan Fo daripada filem Kung Fu Panda, Polar Bear, Cookie Guy dan perarakan God of Prosperity,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengarah Komersial Lotus’s Malaysia, Lee May Li dan diiringi Pengarah Pemasaran Kechara, Justin Cheah; Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan Mondelez, Raja Zalina Raja Safran; Pengarah Jualan F&N, Chan Poi Ling; Pengurus Perniagaan Pelanggan Nasional Nestle, Alice Ho serta Pengarah Hal Ehwal Awam, Komunikasi dan Kelestarian Coca-cola, Khairul Anwar Ab Gahani.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, pihaknya berbesar hati dapat menghimpunkan semua pihak untuk bersama-sama meraikan Tahun Baharu Cina kali ini dengan penyediaan yee sang berbentuk ular terpanjang oleh Lotus’s Malaysia.

“Yee Sang ini melambangkan kebijaksanaan, pembaharuan dan pertumbuhan serta untuk melancarkan tawaran istimewa Tahun Baharu Cina melalui kempen ‘Semuanya Ongsem’.

“Acara ini bertujuan menyatukan rakyat Malaysia dan memberi peluang kepada mereka yang jarang berpeluang merasai tradisi budaya ini.

“Kami berterima kasih kepada rakan jenama dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dan sukarelawan #KitakanJiran yang bekerjasama untuk menjayakan inisiatif ini,” ujarnya.

200 kanak- kanak diraikan

Seorang kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti yang diadakan.
Seorang kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti yang diadakan.



Azliza berkata, seramai 200 kanak-kanak kurang bernasib baik dari pelbagai rumah kebajikan serta keluarga termasuk anak-anak dari Tender Touch Pediatric Rehab serta Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum Malaysia (GAPS Malaysia) turut hadir ke acara tersebut. Ujarnya, semua kanak-kanak yang hadir juga diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik bertemakan Kung Fu Panda di Lotus’s Kepong.

“Mereka juga menerima beg cenderahati bernilai RM135 yang disumbangkan Lotus’s Malaysia, rakan jenama dan penyewa pusat beli-belah,” katanya.

Tambah beliau, Lotus’s Malaysia turut mengedarkan sejumlah 3,900 kilogram (kg) yee sang segar kepada lima pusat kebajikan di sekitar Lembah Klang dengan kerjasama Kechara Soup Kitchen.

Sementara itu, Pengarah Komersial Lotus’s Malaysia, Lee May Li berkata, pelanggan boleh mengunjungi 39 cawangan Lotus’s Malaysia untuk menikmati tawaran hebat di Pavilion Tahun Baharu Cina yang menawarkan pelbagai produk kegemaran pelanggan.

Antara aktiviti yang disediakan di reruai Kung Fu Panda.
Antara aktiviti yang disediakan di reruai Kung Fu Panda.

“Promosi itu bermula pada penghujung Disember 2024 hingga Chap Goh Meh pada 12 Februari ini. Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus bagi 1,000 produk perayaan di semua cawangan Lotus’s Malaysia.

“Antara barangan yang tersenarai dalam tawaran tersebut ialah koleksi pakaian, ayam segar, udang harimau, siakap, kerapu harimau, abalon dan tiram,” katanya.

Tambah beliau, ahli My Lotus’s juga berpeluang untuk memenangi wang tunai dan baucar bernilai sehingga RM888,000 dengan hanya berbelanja minimum RM88 bagi setiap resit dan memuat naik resit tersebut ke aplikasi Lotus’s Malaysia.

Menurutnya, sepanjang tempoh kempen, tujuh pemenang mingguan berpeluang memenangi wang tunai dan baucar bernilai RM1,880 manakala tiga pemenang hadiah utama berpeluang membawa pulang wang tunai dan baucar bernilai RM16,800.

Ujar beliau, aktiviti menarik yang disediakan kepada pengunjung ialah stesen kaligrafi khas dengan perbelanjaan minimum RM28 di Lotus's Malaysia, mendapat Mainan Gendang Goncang DIY dengan perbelanjaan minimum RM88 dan berpeluang mencuba Lucky Human Claw Machine dengan perbelanjaan minimum RM188 di Lotus's Malaysia.

Sementara itu, Lotus's Malaysia turut menyediakan ruang aktiviti bersama Kung Fu Panda di mana pengunjung berpeluang untuk bertemu dengan watak Po di lapan pusat beli-belah Lotus’s Malaysia terpilih.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!