Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Anwar enggan layan desakan letak jawatan

09 Januari 2025 | TikTok
A
A
A
Anwar enggan layan desakan letak jawatan

BULETIN TIKTOK 9 JANUARI 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan desakan Pas agar beliau meletak jawatan berhubung isu Titah Adendum bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Anwar yang ditemui wartawan pada Forum Ekonomi Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur tidak memberikan respon sebaik diajukan soalan berkenaan.

Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version