Perodua Bezza kereta paling popular 2024
PERODUA Bezza berjaya mengekalkan takhta selama dua tahun berturut-turut sebagai model kereta paling popular.
Berdasarkan Data Terbuka Sektor Awam, kereta jenama berkenaan mencatatkan rekod sebanyak 100,814 unit didaftarkan pada tahun 2024 sekali gus mencatatkan peningkatan lebih 11,000 unit berbanding tahun sebelumnya (89,265).
Seterusnya, Perodua Axia berada pada tangga kedua dengan jumlah unit didaftarkan sebanyak (88,137) diikuti Perodua Myvi (72,214).
Jenama Proton paling laris dijual ialah jenis Proton Saga dengan jumlah unit didaftarkan sebanyak (69,863).
Sementara itu, Toyota menjadi pilihan kereta bukan buatan nasional pada tahun 2024 iaitu dengan 127,202 unit bagi semua jenis model.
Diikuti dengan Honda sebanyak 85,273 unit, Chery (19,687), Mitsubishi (16,188), Mazda (14,790), Mercedes Benz (11,876) dan BYD (8,570).
Secara keseluruhan, Perodua berjaya mendaftarkan 358,100 unit bagi kesemua jenis model manakala Proton sebanyak 147,587 unit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!