Wei Chong-Kai Wun singkir beregu nombor 10 dunia

Wei Chong-Kai Wun berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka Malaysia. Foto FB BAM
Wei Chong-Kai Wun berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka Malaysia. Foto FB BAM
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun garang menempah tiket ke suku akhir Terbuka Malaysia selepas menewaskan pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan pada Khamis.

Dalam aksi di Axiata Arena Bukit Jalil, Wei Chong-Kai Wun yang berada di ranking ke-14 dunia menampilkan aksi penuh bertenaga untuk menumpaskan lawan mereka itu straight set 21-15,21-13 dalam tempoh 31 minit.

Mereka akan menentang sama ada wakil Perancis, Toma Junior Popov-Christo Popov dan pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard di suku akhir pada Jumaat.

Dalam pada itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shavon Lai Jemie turut menepati ramalan mara ke suku akhir Terbuka Malaysia.

Soon Huat-Shevon yang merupakan pilihan keempat kejohanan menewaskan pasangan India Sathish Kumar Karunakaran-Aadya Variyath 21-10,21-17 dalam tempoh 32 minit.

Menanti mereka di pusingan suku akhir gandingan dari China yang juga pilihan ketujuh kejohanan, Cheng Xing-Zhang Chi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!