1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi 6.8 magnitud Xizang
LHASA - Sebanyak 1,211 gempa susulan dikesan setakat jam 3 petang Khamis selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud menggegarkan Daerah Dingri di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China pada Selasa, kata pihak berkuasa tempatan, menurut Xinhua.
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud, menurut biro gempa bumi wilayah itu.
Biro itu juga menyatakan bahawa 33 daripada gempa susulan mempunyai magnitud melebihi 3.
Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda Daerah Dingri di bandar Xigaze pada jam 9.05 pagi Selasa, menyebabkan 126 orang maut dan 188 yang lain cedera manakala 407 individu yang terperangkap diselamatkan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!