Lelaki Indonesia ditahan bersama rokok seludup

Antara rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di sebuah lot kedai di Bukit Pasir pada Rabu.- Foto IPD Muar
Antara rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di sebuah lot kedai di Bukit Pasir pada Rabu.- Foto IPD Muar
A
A
A

MUAR - Polis merampas 8,380 batang rokok seludup pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM9,634 hasil serbuan di sebuah lot kedai di Bukit Pasir di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, serbuan yang dilaksanakan sekitar jam 4.45 petang itu turut menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

"Siasatan mendapati lelaki berusia 27 tahun itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

"Justeru, Majistret Mahkamah Muar membenarkan permohonan reman terhadap suspek selama sembilan hari mulai Khamis sehingga 17 Januari,” katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh didenda 10 kali ganda amaun nilai barang atau RM100,000 mengikut mana-mana yang lebih besar dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 mengikut mana-mana yang lebih besar.

Kes juga disiasat bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk ke negara ini tanpa pas atau permit yang sah selain tinggal lebih masa.

Suspek juga boleh dipenjarakan antara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Operasi berterusan akan dilaksanakan bagi membendung kegiatan penyeludupan termasuk warga asing yang berada di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai juga diminat untuk bersama-sama memerangi jenayah penyeludupan dan dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti sebegini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!