Dortmund tak jadi risik Rashford
KELAB Bundesliga, Borussia Dortmund dikatakan menarik diri daripada mendapatkan khidmat penyerang Manchester United, Marcus Rashford.
Legenda Liverpool yang juga pengulas Sukan Sky Sports, Patrick Berger berkata, penghijrahan Rashford secara pinjaman ke Signul Iduna Park sukar direalisasikan disebabkan faktor kewangan.
“Jika Rashford menyertai Dortmund secara pinjaman bulan ini, kelab itu perlu membayar gajinya yang tinggi sebanyak £325,000 (RM1.8 juta) seminggu.
“Ia terlalu mahal dan mungkin menjadi penghalang utama penghijrahannya ke Jerman,” ujar Berger.
Selain Dortmund, Rashford turut dikaitkan dengan kelab Itali, AC Milan dan kelab Turkiye, Galatasaray.
Namun laporan awal menyebut Rashford menolak lamaran daripada kelab Turkiye kerana mengutamakan kelab yang beraksi di lima liga teratas Eropah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!