Kesal ditinggalkan ketika 'dating', lelaki tetak teman wanita

Kesal ditinggalkan ketika 'dating', seorang lelaki tetak teman wanitanya dengan menggunakan sebilah parang. Gambar hiasan
Kesal ditinggalkan ketika 'dating', seorang lelaki tetak teman wanitanya dengan menggunakan sebilah parang. Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - Seorang wanita ditetak oleh teman lelakinya di sebuah rumah tumpangan di Jalan Pengadegan Timur II, Pancoran, Jakarta Timur.

Media tempatan melaporkan, insiden itu berlaku pada Selasa sekitar jam 10.30 malam, waktu tempatan.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Daerah Metro Jaya, Komisaris Besar, Ade Ary Syam Indradi berkata, kejadian itu bermula ketika pasangan itu pergi ke pusat beli-belah Cempaka Mas, Jakarta Pusat.

"Semasa di sana mangsa secara mendadak meninggalkan suspek di pusat beli-belah itu, suspek yang berang pulang mencari mangsa di rumah tumpangannya.

"Mereka bertengkar hinggalah suspek mengambil parang dan menetak mangsa," kata Ade kepada wartawan pada Rabu.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan teruk kemudiannya membuat laporan polis.

Polis kini giat memburu suspek. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!