Kekalkan peranan NAFAS agih baja subsidi

Seorang pesawah, Mohd Nasir Osman menunjukkan hasil padi yang ditanam di Kampung Tok Sora, Merbok, Kedah.
Seorang pesawah, Mohd Nasir Osman menunjukkan hasil padi yang ditanam di Kampung Tok Sora, Merbok, Kedah.
A
A
A

MERBOK - Pesawah di negeri Kedah mengharapkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) diberi peranan untuk terus membekalkan baja subsidi kepada pesawah berbanding menswastakan pengagihan kepada syarikat luar.

Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok, Hamdi Said berkata, pihaknya bimbang menswastakan urusan tersebut kemungkinan mendatangkan risiko sekiranya lebih mengutamakan keuntungan berbanding kepentingan pesawah.

HAMDI
HAMDI



Menurutnya, peranan NAFAS dalam membantu golongan pesawah selama ini cukup penting kerana lebih memahami keperluan dan permasalahan selain mempunyai pengalaman dalam pengagihan baja.

“Kita mengharapkan supaya NAFAS ambil balik peranan dan diperkasakan lagi bagi memastikan ia betul-betul berfungsi untuk membela petani,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Tok Sora di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PPK MADA, Ishak Taib berharap agar kerajaan dapat mempercepatkan proses pemberian kontrak pembekalan baja untuk memastikan kelancaran pengagihan kepada petani secara berterusan.

ISHAK
ISHAK



“Jika pembekalan baja diserahkan kepada pihak yang tidak memahami jadual dan keadaan penanaman padi, ia akan memberi impak besar terhadap hasil padi. Padi memerlukan baja pada waktu tepat, terutama baja sebatian, urea, dan NPK Tambahan yang perlu diberikan mengikut fasa pertumbuhan padi.

Artikel Berkaitan:

“Cuma kita harap NAFAS membuat penambahbaikan dalam pengurusan, terutamanya untuk memastikan tiada gangguan dalam proses pengagihan baja seperti yang berlaku baru-baru ini,” katanya.

Baja yang berkualiti menghasilkan padi yang bermutu tinggi.
Baja yang berkualiti menghasilkan padi yang bermutu tinggi.



Perluaskan peranan NAFAS

Selain itu, Pengerusi PPK Guar Cempedak, Jamaludin Hussin berkata, selain mengekalkan fungsi NAFAS, kerajaan perlu memperluaskan peranannya berbanding mahu menswastakan proses pengagihan baja.

Dalam masa sama, beliau mengharapkan agar NAFAS diberikan tanggungjawab untuk menjalankan kajian terhadap pH tanah bagi memastikan baja yang digunakan sesuai mengikut kawasan seperti pesisiran pantai dan kawasan bukit agar petani tempatan dapat menghasilkan padi yang berkualiti.

JAMALUDIN
JAMALUDIN



“Bagi saya pengurusan baja oleh NAFAS sentiasa efisien. Kami PPK Guar Cempedak, sangat dekat dengan kilang NAFAS dan proses penghantaran baja sangat cepat. Kita tidak perlu memberikan peranan mereka kepada orang lain sebaliknya tambahkan lagi tanggungjawab mereka dalam memastikan kesejahteraan kepada pesawah.

“Sekiranya kajian pH tanah dilakukan oleh NAFAS dan baja diubahsuai mengikut keadaan tanah, saya yakin hasil padi di kawasan PPK Guar Cempedak boleh meningkat.

“Setakat ini, hasil purata padi adalah sekitar lima hingga enam tan tapi kita percaya dengan penyesuaian baja mengikut jenis tanah hasilnya pasti akan bertambah,” katanya.

Selain itu, Pengurus Besar PPK Merbok, Faizul Mat Hassan meyakini bahawa NAFAS mampu meneruskan fungsinya dalam menghasilkan baja berkualiti sekali gus membekalkan baja subsidi kepada petani ke seluruh Malaysia.

“(Secara kebiasaan) daripada NAFAS sampai ke PPK, PPK akan buat edaran terus kepada petani yang mengusahakan sawah padi dan diharap (NAFAS) kekal sebagai pembekal baja kepada petani seluruh Malaysia,” katanya.

FAIZUL
FAIZUL



Jelasnya, PPK sebagai stokis yang menguruskan pengagihan akan membuat tempahan baja kepada NAFAS yang perlu dihantar dalam tempoh 45 hari kepada petani.

“Berdasarkan dengan keluasan yang ada di PPK Merbok dari segi penghantaran kepada petani, kita telah menyediakan pengangkutan yang mencukupi.

“NAFAS boleh mengikuti jadual yang ditetapkan kerana kita direct dengan petani, kita tahu waktu bila baja diperlukan dan kita nak baja sampai tepat pada waktunya,” jelasnya.

Bantu pesawah

Sementara itu, petani, Abd Malik Omar, 66, mengharapkan NAFAS dapat melepasi kemelut yang melanda serta dapat melaksanakan operasi pengagihan baja dengan lancar ke seluruh negara seperti sebelum ini.

ABD MALIK
ABD MALIK



“Saya menyokong penuh kesatuan dan ikatan rangkaian PPK dan NAFAS yang terjalin begitu lama, kedua-duanya bagaikan satu keluarga yang wajib kekal perhubungan demi membantu pesawah dan peladang.

“Ia juga bagi mencapai matlamat dalam usaha menyediakan makanan utama negara (dalam masa sama) kita minta juga pihak autoriti NAFAS ubah sikit kesesuaian keperluan dan apa yang penting mempertingkatkan lagi pendapatan peladang dan petani di seluruh Malaysia,” katanya.

Selain itu, seorang lagi petani, Mohd Nasir Osman, 58, berkata, permasalahan yang dihadapi di peringkat atasan diharapkan dapat diatasi segera agar tidak menjejaskan hasil padi di seluruh negara.

MOHD NASIR
MOHD NASIR



“Kerajaan aturlah kerana sejak dulu sehingga sekarang NAFAS membekalkan baja. Alhamdulillah, walaupun ada kelewatan (agih baja), NAFAS berjaya juga membekal meskipun berhadapan dengan pelbagai isu.

“Saya dengar ada perancangan untuk mengubah kepada swasta, tak tahulah syarikat mana. Kami sebagai petani berharap keputusan yang elok dan yakin NAFAS mampu mengatasinya dengan penerapan nilai-nilai murni NAFAS dalam membantu petani Baja yang berkualiti menghasilkan padi yang bermutu tinggi. negara,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!