Jakim tidak iktiraf ejen, konsultan uruskan sijil halal bagi pihak syarikat

JAKIM tidak mengiktiraf ejen dan konsultan yang menguruskan permohonan sijil halal bagi pihak syarikat. Foto CANVA
JAKIM tidak mengiktiraf ejen dan konsultan yang menguruskan permohonan sijil halal bagi pihak syarikat. Foto CANVA
A
A
A

SEBARANG urusan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) perlu dilakukan sendiri oleh pihak syarikat dan bukannya melalui ejen atau konsultan, ujar Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Menurut beliau, urusan yang dilakukan oleh ejen atau konsultan boleh menyebabkan pihak syarikat terpaksa membayar mereka dengan harga yang mahal.

“Kos untuk mendapatkan SPHM hanya RM100 setahun dan sijil ini diiktiraf oleh masyarakat Malaysia dan masyarakat dunia.

“Sebenarnya yang berlaku mahal ini apabila peniaga-peniaga ‘tidak berapa nak rajin’. Jadi dia mengambil perkhidmatan orang ketiga sama ada ejen atau nama lainnya konsultan,” katanya pada program Podcast Jakim Untuk Ummah (JUM) baru-baru ini.

Dr Sirajuddin mendedahkan, ejen atau konsultan mengambil bayaran sehingga RM5,000 untuk satu permohonan SPHM walaupun mereka hanya membayar RM100 kepada Jakim untuk yuran.

DR SIRAJUDDIN
DR SIRAJUDDIN

“Ada juga konsultan yang dibayar RM1,500 setiap bulan bermula dari permohonan SPHM dibuat hingga sijil itu tamat,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, sudah tentu ia memberi kesan kepada nama baik Jakim memandangkan bayaran yang dikenakan terhadap peniaga adalah tinggi berbanding yuran yang dikenakan Jakim.

Katanya, Jakim ada mengeluarkan pekeliling memaklumkan kepada semua syarikat pemohon bahawa Jakim tidak mengiktiraf sebarang ejen atau pun konsultan untuk berurusan dengannya dan Jakim hanya berurusan dengan syarikat pemohon sijil SPHM.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!