Segera mohon sijil halal untuk perkhidmatan bufet Ramadan

PERKHIDMATAN bufet Ramadan sering menjadi tumpuan ramai apabila hotel dan restoran menyajikan pelbagai makanan untuk juadah berbuka. Foto CANVA
PERKHIDMATAN bufet Ramadan sering menjadi tumpuan ramai apabila hotel dan restoran menyajikan pelbagai makanan untuk juadah berbuka. Foto CANVA
A
A
A

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (Jakim) menasihatkan pihak-pihak yang terlibat dengan perkhidmatan bufet Ramadan untuk memohon pensijilan halal Malaysia segera bagi tujuan tersebut.

Bahagian Hab Halal, Jakim menjelaskan, pihak yang membuat pengiklanan dengan ungkapan merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti bufet Ramadan bagi tujuan perniagaan tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Menurutnya, pihak-pihak yang terlibat adalah seperti hotel, resort, restoran, kedai makan, pengusaha bufet Ramadan dan seumpamanya.

POSTER yang dimuat naik di Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim mengenai keperluan untuk mendapatkan sijil halal bagi perkhidmatan bufet Ramadan.
POSTER yang dimuat naik di Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim mengenai keperluan untuk mendapatkan sijil halal bagi perkhidmatan bufet Ramadan.

Katanya, ungkapan yang sering digunakan mereka adalah seperti bufet Ramadan, iftar Ramadan, set Ramadan dan seumpanya.

"Mana-mana pihak yang merancang untuk menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan dan seumpamanya adalah dinasihatkan untuk mendapatkan SPHM secepat mungkin sama ada di Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Islam Agama Negeri (MAIN)," jelasnya pada Isnin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!