JKM cari waris kanak-kanak ditinggalkan di Hospital Melaka

Yasha Maryann ditinggalkan di Hospital Melaka oleh ibu kandungnya pada 2022.
Yasha Maryann ditinggalkan di Hospital Melaka oleh ibu kandungnya pada 2022.
A
A
A

ALOR GAJAH - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Alor Gajah mencari waris seorang kanak-kanak perempuan bagi membantu prosedur pengambilan anak angkat kanak-kanak tersebut.

Yasha Maryann On Yuvenish berusia tiga tahun dan merupakan mangsa pengabaian ibu kandung bukan warganegara yang meninggalkan mangsa di Hospital Melaka pada 2022.

JKM Alor Gajah menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan, ibu bapa pelihara telah ditawarkan untuk menjaga kanak-kanak itu selama dua tahun bermula dari tarikh surat tawaran iaitu pada 19 Januari 2023.

Menurut kenyataan itu, ibu bapa pelihara kini ingin mengangkat kanak-kanak terbabit di bawah seksyen 30(4) Akta kanak-kanak 2001 selepas melebihi tempoh pemeliharaan, jagaan dan kawalan ibu bapa peliharaan.

"Ketika usianya dua bulan ibu kandung telah menghilangkan diri dan kanak-kanak terbabit telah ditinggalkan di Hospital Melaka.

"Oleh itu kami ingin mengesan ibu kandung atau waris bagi membantu siasatan sebelum kanak-kanak itu di bawa semula ke mahkamah," menurut JKM.

Justeru JKM meminta sesiapa yang mengenali waris kanak-kanak itu atau mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah di talian 06-5561267.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!